10 MENU TRADISI NEGERI TERENGGANU

#1. Nasi Dagang

Kisah asal usul nasi dagang sebenarnya lebih kepada kisah para nelayan yang menjadi pekerjaan utama bagi penduduk utama bagi penduduk Terengganu pada suatu ketika dahulu.kisahnya dimana masyarakat nelayan di Terengganu dikatakan telah menghasilkan nasi dagang sebagai bekalan buat mereka ketika di lautan.

Nasi ini yang dihasilkan dengan santan dan mempunyai lauk ikan yang berkuah bertujuan untuk memberi tenaga yang mencukupi untuk mereka bertahan lama di lautan.

Malah suatu ketika dahulu golongan nelayan yang tinggal berhampiran dengan istana di Terengganu turut mempersembahkan hidangan nasi dagang ini ke istana pada setiap kali menjelang perayaan hari raya aidilfitri.

Nasi dagang Terengganu berwarna putih dan menggunakan beras khas. Ia dicampurkan dengan halba supaya lebih wangi dan sedap.

Ikan aya @ tongkol digunakan bagi menyediakan gulai ikan untuk dimakan bersama. Nasi dagang ini turut dimakan bersama acar yang terdiri dari timun, lobak merah, bawang, cuka serta garam dan gula. Hidangan ini juga turut dimakan bersama sambal cili bagi membangkitkan selera

Nasi Dagang Atas Tol

Address: 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

 

 

#2. Ketupat Sotong


Ketupat sotong merupakan sotong yang disumbat dengan pulut. Kemudian, ia dimasak bersama santan pekat.

Sebelum pulut diisi ke dalam sotong, ia akan dimasak bersama santan terlebih dahulu. Ia kemudian dimasak pula bersama santan pekat yang dicampur bersama halba dan juga gula Melaka.
Hidangan ini sering dijadikan makanan ringan di waktu petang atau ketika majlis – majlis tertentu

Restoran Lempeng


Address: 11, Malaysia, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Hours: Open 9am – 8pm

 

 

 

#3. Rojak Kateh @ Rojak Kateh

Rojok Kateh @ Rojak Kateh kelihatan seperti hidangan asam pedas. Kuahnya berwarna merah dan rasanya pula adalah masam serta pedas. Ia merupakan hidangan istimewa masyarakat Terengganu setiap tahun menjelang musim ibadah korban.

Kateh merupakan kaki lembu, oleh itu nama rojak kateh merupakan rojak kaki lembu. Hidangan ini menggunakan kulit, isi dan urat yang terdapat di kaki lembu sahaja. Ia dimasak bersama cili giling, nisan kerek serta bahan – bahan lain termasuklah kaki lembu dan lidah lembu.

Biarpun proses menyediakan makanan ini agak rumit, namun rasanya sangat sedap dan berbaloi untuk menyediakannya. Rojak kateh ini boleh didapati di pasar – pasar utama di sekitar negeri Terengganu.

 

 

#4. Kuih Ulat Bulu

Kuih ini diperbuat menggunakan tepung beras yang berwarna hitam. Selain warna hitam, ia juga boleh didapati dalam warna lain yang lebih menarik seperti hijau, biru dan banyak lagi.

Ia akan dibentukkan dengan bentuk bujur. Setelah ia dimasak, kuih ini akan disaluti dengan parutan kelapa muda. Kuih ini terasa manis dan lemak, menjadikan ia pemanis mulut yang sanngat digemari ramai.

Ia akan dibentukkan dengan bentuk bujur. Setelah ia dimasak, kuih ini akan disaluti dengan parutan kelapa muda. Kuih ini terasa manis dan lemak, menjadikan ia pemanis mulut yang sanngat digemari ramai.

 

 

#5) IKAN SINGGANG

 

DI NEGERI DARUL IMAN lauk ini memanggil ikan singgang manakala di negeri lain lauk ini di sebut kuah pindang. Perbezaan di antara pantai timur dengan negeri lain kuah di pantai timur berwarna putih manakala warna di negeri lain berwarna kuning cair.

Kuah singgang ini tidak semestinya hanya untuk ikan sahaja ia juga boleh ditukarkan kepada ayam, sotong, udang, daging. Ada segelintir masyarakat Terengganu pada Hari Raya Korban menjadikan menu utama selepas penyembelihan lembu.

lokasi kedai:

Restaurant Singgang Budu
Lot 3933 Jalan Air Jernih Kompleks Perdana

Jalan Batas Baru 20300 Kuala Terengganu

Mon: 11:00 AM – 5:00 PM
Tue: 11:00 AM – 5:00 PM
Wed: 11:00 AM – 5:00 PM
Thu: 11:00 AM – 5:00 PM
Fri: Closed
Sat: 11:00 AM – 5:00 PM
Sun: 11:00 AM – 5:00 PM

 

 

# 6 Jala Emas

Kuih yang diperbuat daripada kuning telur ini sangat terkenal di sekitar Terengganu dan Kelantan. Ia berbentuk seperti jaluran mee yang biasanya disediakan untuk perayaan istimewa atau perkahwinan dan proses membuatnya juga sangat menyerewetkan. Jika di pasaran, harga jala emas agak sedikit mahal berbanding kuih tradisional lain.

 

7) LAKSA TERENGGANU

Seperti di negeri – negeri lain, Terengganu turut memiliki menu laksa yang tersendiri. Ia turut dikenali dengan nama laksat Terengganu

Terdapat dua jenis kuah laksa yang berbeza iaitu laksa kuih putih dan juga kuah merah. Kuah merah lebih pedas dan berempah, manakala kuah putih pula terasa lebih lemak dengan isi ikan yang begitu banyak. Isi ikan ini juga menjadikan kuah laksa terasa lebih manis.

8) KEROPOK LEKOR

Keropok lekor tidak asing lagi buat rakyat malaysia menu ini ada dimana2 negeri rasa yang asli datangnya dari darul iman ini.dengan ikan yang padat kelembutannya yang asli dengan isi ikan yang padat kunyahan bersama sos cili bakal membuatkan yang memakannya akan terasa seperti di pulau di terengganu.

Jika di kuala terengganu lokasi popular di losong,seberang takir dan jika anda sampai di merang boleh singgah kedai yang viral Keropok Lekor Bayu. Sampai disini anda boleh tengok mereka menggentel secara live di depan mata.Anda wajib beratur pabila ingin membeli disini kerana orang ramai. Almaklumlah sedap.

Alamat:Lot 318, Kampung Baru Merang, 21010 Setiu, Terengganu

Lokasi:https://www.google.com/maps/dir//5.51947,102.9635409/@5.5197164,102.8934384,12z

#9 Warung Aziz Satar

Nama restoran ini sudah tidak asing lagi di bandar Chukai. Merupakan antara restoran yang paling popular sekitar Kemaman, bilangan pelanggan di restoran ini sentiasa ramai sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang!

Keenakan satar dan otak-otak di restoran ini sudah tidak dinafikan lagi. Rata-rata pelanggan yang mencubanya sendiri di sini mengakui yang satar dan otak-otaknya lebih lembut dan manis berbanding dengan sata di tempat lain. Memang menyelerakan!

Bukan sahaja satar malah menu lain seperti udang goreng tepung, ikan goreng tepung dan keropok lekor turut disajikan di sini. Semestinya rangup dan keenakannya dijamin berganda-ganda jika dikenakan bersama satarnya yang istimewa!

Alamat: Jalan Geliga Pantai 1, Simpang Pantai Mak Nik, Geliga, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 7:30 malam

10) Sotong Celup Tepung

Merupakan antara restoran yang menjadi kegemaran ramai pengunjung di Terengganu, Warung Pok Nong ini sudah beroperasi lebih 20 tahun! Namun, restoran ini tetap tersenarai sebagai antara restoran yang paling ramai pengunjung di Terengganu.

Antara lauk goreng tepung yang disajikan di sini ialah ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan banyak lagi! Keistimewaan utamanya ialah kerangupan dan kesegaran lauk yang disajikan, dijamin enak berganda-ganda!

Pelanggan yang menyerbu restoran Warung Pok Nong ini juga cukup ramai. Malah, ada yang datang sanggup dari jauh semata-mata untuk mencuba lauk goreng tepung di sini, memang menarik!

Alamat: A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, bermula dari 3:30 petang hingga 8 malam